1001 Carian Resepi!

Kulit Karipap Rangup


Karipap.. isi bermacam, kulitnya tersendiri: Kulit yang rangup dan tak berminyak. memang menjadi kegemaran kalau santapan petang hari dengan teh 'O' tapi kalo berminyak sangat tak syiok jugak. nak kena jaga dan kawal kolestrol. usia makin meningkat, lain lah kalo yang sentiasa 'muda' tu kan kan hehe. asalnya kami sekeluarga pernah berniaga sebagai penjual kuih jalanan satu masa dulu. dari pengalaman yang kami dapat (syukur ke hadrat Illahi) maka tercipta lah resepi untuk kulit karipap yang tak seberapa ini..


Bahan-bahan:

(A)
1 kilo tepung gandum
100 gram tepung beras (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
100 gram tepung ubi (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
Serbuk lada putih/sulah
1 Sudu makan gula

(B)
4-5 Sudu makan marjerin atau butter juga boleh digunakan (dicairkan)
1/2 cawan minyak masak

Garam secukup rasa (anggaran dalam 1/2 sudu makan)
Air suam untuk menguli - yang telah dicampur garam diatas)

Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan (A - kecuali garam) kedalam bekas adunan. pastikan digaul rata dan sebati.
Setelah sebati, masukkan bahan (B) dan digaul rata/sebati. pastikan ianya rata keseluruh adunan. ianya akan kelihatan sedikit bergentel. ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.

Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan kedalam tangan dan boleh dilihat ianya akan berkepal dan agak padat (tidak senang terlerai)

Bolehlah diikuti dengan proses menguli. masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi kedalam adunan. uli lah sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal. pastikan ianya tidak melekit ditangan dan dinding bekas adunan. jika melekit, tambah sedikit tepung dan diluli sedikit.

Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam. perap ia dengan menutup ketat. - menutup bekas dengan kain atau penutup. setelah 1/2 jam keluarkan adunan dan diuli sedikit. sudah boleh diguna..

~ Adunan ini boleh diguna-pakai berkali2. untuk menyimpannya, masukkan kedalam plastik dan letak ditempat beku (freezer) nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali. Ianya juga boleh dijadikan Roti Bom Goreng (sejenis makanan kaum India)

21 comments:

  1. Saya nak try pastri ni utk buat apple pie mcm kat mcD tu.

    ReplyDelete
  2. @ Norashikin
    idea tu! idea! boleh cuba :)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal, siapa nama tuan blog ni? Along dah cuba resepi ni, memang rangup. Come & visit my blog. Thanks.

    ReplyDelete
  4. @ HomeKreation salam kembali dan terima kasih kerana sudi mencuba :)

    ReplyDelete
  5. salam buat tuan blog resepianakbapak.blogspot, berkenan dengan resepi doh karipap ni, izin saya kongsikan di jintanmanis.com ya, saya copy dari blog Alongroz homecreation tu...terima kasih byk2..pada tuanpunye resepi asal dan kak alongroz yang memfofularkan nye

    ReplyDelete
  6. @ ros@JMC salam kembali.. no problem :) apa guna ilmu disimpan didalam peti, terima kasih kerana sudi mencuba resepi saya yg x seberapa ni

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana berkongsi resepi....Moga Allah murahkan rezki dan diberkati..Inilah semangat Muslim sejati :)

    ReplyDelete
  8. @ Said Zakaria terima kasih kembali semoga berpuashati dengan perkongsian yg tak seberapa ini ye..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana sudi b'kongsi respi dengan kami semua..resepi d atas sudah pun saya mencubanya..ianya cukup rangup dan sedap..sekarang saya dah pandai buat karipap..sekali lagi terima kasih..:)

    ReplyDelete
  10. @ Aiyna
    Sama-sama.. & Alhamdulillah kerana sudi mencubanya ;)

    ReplyDelete
  11. saya suka resepi karipap ni...dah cuba dan menjadi, kulitnya sedap serta tak berminyak. terima kasih berkongsi resepi ini :)

    ReplyDelete
  12. @ ayu
    Alhamdulillah.. memang kalo ikut resepi ni sepenuhnya, kulitnya tak menyerap minyak dan garing InsyaAllah :) Terima Kasih kerana sudi mencuba

    ReplyDelete
  13. As salam tuan rumah...terima kasih kerana sudi berkongsi kulit karipap yang best nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih juga kerana sudi mencuba :)

      Delete
  14. AnonymousMay 18, 2013

    terimakasih berkongsi ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkongsi untuk keberkatan bersama ;)

      Delete
  15. Semoga rezeki diberkati... terima kasih kerana kongsi resepi. Minta dihalalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... terima kasih krn sudi mencuba

      Delete
  16. Izin sy c&p resepi ni ya! Sy dah lama cuba dpt resepi kulit karipap yang rangup wpun dah sejuk.isha Allah nak mencuba, Semoga ilmu yg. dikongsi bermanafaat.Tkasih.

    ReplyDelete
  17. AnonymousJune 09, 2014

    Alhamdulillah... boleh sahaja :) semoga berpuashati

    ReplyDelete
  18. Bukan senang nak buat karipap kepada yg pertama kali mencuba. Namun kalau belum cuba belum tahu resepi karipap nih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...